Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Rabu, 16 Jun 2010

KELAS NASI DAGANG BERSAMA MA

Semalam sepatutnya aku belajar membuat nasi dagang bersama ma...Ye la...nasi dagang ma sedap seantero dunia...Disebabkan ada tetamu yang bertandang ke rumah malam semalam, kami terpaksa postpone kelas tu ke pagi ini...
Kelas itu bermula pada pukul 7 pagi tadi...akan tetapi, aku tidak dapat mengikuti kelas itu sehingga ke akhirnya kerana tekak aku mula rasa loya, kepala aku pulak pening...haru....ni semua gara-gara aku tidur sementelah subuh menjelma...tensionnya....akhirnya...kelas itu berakhir apabila ma menyiapkannya seorang...Tapi aku yakin, aku dapat membuatnya berbekalkan resepi yang ma berikan kepada aku...akan kucuba sekembalinya aku ke Cameron Highlands pada hari Jumaat ini...Insyaallah....maaf ma ya...

Khamis, 22 April 2010

kek


Dua hari lepas, kitorang guru perempuan kat sekolah sepakat nak belajar buat kek ngan K.Niza...ala, mak si Ya. Jiran depan pintu aku tu la. K.Niza ni pun satu sekolah ngan aku jugak. Selepas perbincangan dilakukan oleh guru-guru perempuan yang beberapa orang itu, kami sepakat nak membuatnya petang itu selepas persekolahan. Adik nurul ditugaskan untuk membeli barang-barang yang diperlukan. Gambar di atas tu la rupa kek yang kami buat. K.Aisyah yang tukang decoratenya...AKU??? yang wat bentuk love yang warna pink tu jer...haha...aku lambat balik sekolah hari tu. Balik umah jer terus ke rumah K.Niza tapi kek tu dah siap dibakar. Haha...Tak pe la...janji aku tolong gak. Tolong menyebuk...he

Ahad, 18 April 2010

NASI PULUT

Nasi pulut biasanya dimakan pada waktu pagi tetapi aku baru je habis melantak nasi pulut kukus tengah hari ni...Nak peduli apa, sendiri masak, sendiri makan dan sendiri kenyang.Dah lama aku nak makan nasi pulut kukus ni makan ngan udang rebus...memang menjilat jari la...pergh...biasanya orang makan nasi pulut ni dengan ikan kering ke, ikan rebus goreng ker tapi aku biasa makan ngan udang rebus.memang kelas la rasanya. tak caya, cuba try test ar tgk..memang tak mengecewakan la rasanya..udang tu pulak, punya la simple nak masak. Taruk udang, air ngan garam jer dlm periuk,pas tu masak ar. Nasi pulut tu kukus lagi best. Lagipun aku tak berapa pandai tanak pulut. Lebih senang kukus tapi leceh nak basuh pengukus la tapi nasib baik ada adik sarah ngan anis jadi assistance.hehe...Diorang la yang selalu tolong aku kat dapur.Dah namanya dok satu rumah... Housemate aku layan jer aku masak papepun...Hari ni Anis ngan Sarah pun makan nasi pulut gak tengah hari ni tapi pagi tadi, diorang dah melantak nasi kerabu. Jadi tak kisah la tengah hari gini makan nasi pulut.... Lupa nak note, udang tu lagi best kalu anak2 udang. Udang yang besau-besau kurang best ar...tu selera aku la. Tapi kalu sesapa nak cuba, cuba la...SEDAPPPP.....